Thursday, April 22, 2010

Adat Bercukur Jambul

Selepas tujuh hari dari hari bersalin, lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit, kerana itulah harinya adat mencukur kepala anak kecil itu dijalankan. Kelengkapan yang disediakan untuk adat mencukur ini adalah seperti berikut:


{ skrg org buat majlis ni lepas ibu habis pantang,.. sbb ibu kene la gak melaram,.. yea la org dtg nak meraikan kelahiran anak,.. sy dulu wat akikah masa umur anak 50 hari,.. org kata anak dah beruban dah,.. hahha pehal lambat sgt wat akikah? terkejut org kg tgk buaian anak,.. siap cakap ni dari bunian ke? hahhaha ntah ape2 ntah,.. buai tu biasa jerk,.. x la secanggih zaman sekarang,... lagipon x salah nak berkongsi kegembiraan n berhias2 lebey sikit utk memeriah kan majlis kan?? betul x? }- nanti pasni sy updatekan gambar akikah anak yea,..


• Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia di atas buaian yang dihias indah


{ anak of course sy pakaikan sut baju melayu n samping yg djahit sendiri,.. hahaha ,.. baru nampak comey,.. siap ada tengkolok lg,.. keliling buai tu sy letak bunga telur n pulut kuning, hmm yea la nak bagi2 kan masa marhaban,.. tapi sy wat selawat jer n yg datang pon org2 surau jerk,.. }


• Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.


(skrg ada yg buat bekas berisi air zam-zam, kurma, garam n gula)


• Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada potongan itu. Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk, dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja. Biasanya, kelapa itu dihiasi dengan lilitan rantai emas atau perak dan dicucuk dengan tajuk-tajuk rekaan yang indah-indah rupanya.


(ni masa zaman dahulu kala- dah moden org gantikan dgn bekas tembaga kecil2 utk diletakkan barang2 tadi n nak suapkan anak guna sudu tembaga)


Apabila kesemuanya sudah siap, maka bayi itu pun dibawa keluar dan dikelilingkan kepada tetamu-tetamu lelaki yang hadir dan setiap seorang daripada mereka dikehendaki menepuk sedikit tepung tawar, menebar sedikit beras kunyit dan bertih kepada bayi itu. Setelah perkara tersebut dilakukan, barulah tetamu-tetamu lelaki tadi menggunting sedikit sahaja rambut bayi itu dengan gunting yang telah disediakan. Lalu rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam kelapa yang telah diisi air. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi itu hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima atau tujuh atau seumpamanya. Pada masa inilah anak itu diberi nama oleh si bapa. Nama yang diberi adalah nama yang indah dan memberi maksud yang baik. Setelah selesai adat bercukur dan memberi nama anak yang telah dilakukan oleh pihak lelaki, anak itu akan dibawa masuk ke dalam rumah itu dan hal seperti menggunting rambut anak itu dilakukan pula oleh pihak perempuan.


Setelah selesai kedua-dua pihak lelaki dan perempuan menjalankan perkara di atas, maka barulah kepala anak itu dicukur seluruhnya oleh tok bidan atau sesiapa yang mahir dengan kerja itu. Rambut anak yang telah dicukur itu dimasukkan semuanya ke dalam kelapa itu dan segala rantai dan tajuk-tajuk yang menghiasi kelapa itu dibuka dan dicabut. Kemudian kelapa itu biasanya akan ditanam di mana-mana di halaman rumah bersama-sama sepohon kelapa atau lain-lain seumpamanya sebagai peringatan masa anak itu dilahirkan pada masa hadapan kelak.


Namun begitu, orang Melayu di bandar yang sudah moden sekarang tidak banyak lagi menjalankan adat ini, rata-rata orang Melayu kampung sahaja yang masih banyak dan gemar melakukan adat resam mencukur dan menamakan anak. Berkenaan dengan menamakan anak undang-undang kerajaan telah menetapkan bahawa anak yang baru dilahirkan perlulah diberi nama dalam tempoh 24 jam (tapi sekarang dalam tempoh 2 minggu kene daftarkan) kerana dalam tempoh itu anak yang telah diberi nama itu dikehendaki didaftarkan di pejabat pendaftaran.

Monday, April 19, 2010

Karaoke dan PA Sistem










Kami menyediakan perkhidmatan PA system, DJ & Karaoke untuk di sewakan

Items offered to rent as follows:
2 units of 12inch Speakers (BEHFINGER)
1 unit of POWERED AMD 500 watts (BEHFINGER)
2 Cordless MIC
Karaoke songs 8000+++ song and variety
17” LCD screen
All are branded items use to Jamm in Studio

Free installation and Delivery area KL and Selangor
Additional cost would be charged for additional manpower

Sesuai untuk mcm2 majlis seperti:

Majlis Perkahwinan, Pertunangan, Akad Nikah . Majlis Ulang Tahun. Sambutan Hari Jadi. Sambutan Hari Keluarga . Majlis-majlis keagamaan. Sambutan Perayaan pada harga yang amat berpatutan
Harga Sewa: RM900

Monday, April 12, 2010

Pakej Akan datang



Salam semua,....

Terima kasih atas maklum balas anda,... insyaAllah kami akan mempelbagaikan lagi koleksi buaian akikah untuk memenuhi citarasa anda,.. sebarang cadangan amatlah dialu-alukan,...

thanks,
ziehan