Thursday, July 1, 2010

nak perut cantik semasa hamil?........


aku x puas hati betul nengok gambar perut minah saleh ni,.. boyot pon masih gebu, cantik n maintain jer,... hmmm mcm nak buat ni yea,...

pertama skali,.. bila dah merancang untuk preggy,

amalkan sapu losyen atau ape2 minyak mcm bio oil ke, matern ke,.. kat perut, peha, breast, belakang badan,.. a.k.a sapu la kat mana2 yg dsukai tapi lebihkan bahagian yg dsebutkan tadi,.. (sbb bahagian ni berisiko utk dapat strechmark,..)

bila dah conceived ,.. teruskan pakai sampaila kandungan berusia 9 bulan.. hasil nye,.. pasti dapat perut comel idaman walaupon tgh sarat,... dan yg penting jgn sekali2 GARU kat perut,.. mmg x dapat dnafikan tahap kegatalan perut yg amat sangat bila kandungan semakin membesar,..

kalo aku rasa gatal2,.. buat2 bz sikit ke mcm tgk tv ke p basuh pinggan ke,.. atau buatla ape2 kerja lain yg boleh buatkan kita lupa akan penyakit ni hehehhe..

statement aku pakai,... " gatal, kalo garu nikmatnye sekejap sahaja,.. tapi kesan nye sampai bila2,... huhuhu x sanggup,...."

hmm nak nengok x kesannye kat perut kalo kita garu? hehehe cuba cek perut sendiri lak,...






heehheheh renung2kan dan selamat beramal,............ jumpa lagi,..

Thursday, June 24, 2010

Anakku Sayaangg,... =)















Salam Jumaat semua,... hmm ape nak tulis pagi2 ni?... yg beshnye arini hari jumaat n esok diisytiharkan CUTI,.... pejam celik dah hampir 5 bulan aku preggy,... hohoh berbakul2 duk kutip petua nenek moyang nak lahirhan anak yg sihat n comey {macam mama dia hahhaha}

hmmm yg pasti ari2 kene tgk gambar baby comey ni,... {mudah2han dapat anak yg comey + putih cenggini} insyaAllah,.. DIA MAHA MENDENGAR permintaan HambaNya,... hmm nak petua anak comey?... nah jom kongsi sama2,... jadi x jadi lain citer,.. yg penting kita usaha, ikhtiar,.. berdoa dan akhirnya TAWAKKAL kepada Allah,.....

Inginkan Anak Berkulit Cerah atau Putih ?

Ibu2 sememangnya inginkan anaknye putih jika ditakdirkan. Semasa hamil tu, jangan makan makanan berkicap. InsyaAllah putihla anak tu kelak,.. Cuba lah yea,.. (sy dulu masa pregnant mmg x makan kicap sbb bapa takut cucu gelap ,..hehehhehe) -Ape kaitan kicap ngan anak gelap ek? sbb kicap kaler hitam? hehehhe

Cubalah minum AIR KACANG SOYA dan amalkan makan sayuran hijau semasa mengandung,... (hari2 bantai kacang soya ni,... panas2 sodap dminum begitu saje,..hehhe)

Amalkan meminum AIR KELAPA sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin,.. (air kelapa mmg besh,....rasa nak balik kg lak minum air kelapa father in law tolong buatkan,.... kait dari pokok fresh gilerrrrrrrr)

Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, SAPUKAN SUSU IBU ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

Juga semasa hamil tu jgn lupa teruskan pengambilan ASID FOLIK,.. banyak kan minum SUSU.. (terutama susu ibu mengandung,.. anmum,. mamil ke apa2 ajela yg sewaktu dgn nye)

InsyaAllah

IBU YANG SIHAT AKAN MELAHIRKAN BAYI YANG SIHAT


Selamat Mencuba,...... Jumpa Lagi,.........


Sunday, June 20, 2010

@ BORA OMBAK,.....































Majlis berendoi di Bora Ombak,......... berminat? hubungi talian bebas tol 019 3630053 dengan segera,...... utk makluman lebih lanjut,............. menda bukan selalu buat,..... apa salahye abadikan kenangan majlis anak kesayangan anda seumpama ini,.............. =)

Monday, May 3, 2010

Khasiat Kurma untuk Ibu Hamil

Wanita yang hamil akan mudah mengalami keletihan dan kekurangan tenaga. Ada juga yang mengalami “morning sickness” yang teruk, malah ada juga yang akan mengidap kencing manis ketika hamil. Ramai bakal ibu yang mengeluh kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa, selain dari berbaring di katil.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa makanan sunnah Rasullulah, iaitu BUAH KURMA memang cukup berkhasiat bagi ibu mengandung, malah ia tidak mengandungi gula yang merbahaya. Selain memberikan tenaga, para ibu mengandung akan merasa selesa menjalani kerja-kerja seharian. InsyaAllah, para ibu mengandung juga akan mudah melalui proses bersalin.

Sabda Rasulullah S.A.W.,“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Khasiat buah kurma Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W dan mempunyai banyak khasiatnya.

Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin.Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:

a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yang sedang datang haid dan mereka yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

d) Potasium penting untuk sistem saraf yang boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dari barah payudara dan rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan dan akan memberi tenaga.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin dan pengecutan rahim.Kurma juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi mempercepatkan proses pengecutan dan menguatkan rahim.

Jelas ia bukan sahaja boleh dimakan ketika bulan Ramadhan, tetapi juga boleh dimakan pada bila-bila masa, untuk mengembalikan tenaga. Selamat mencuba!

Sunday, May 2, 2010

Tips Membanyakkan Susu Ibu [Susu Badan]

[a] Berurut (dengan bidan).


[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.

[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.

{ Sy amalkan AnMum untuk Breast Feeding-susu melimpah-limpah keluar huhuh}

[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.

[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.

[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.

[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam.Minum 2x sehari.

[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih.Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agaksuam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara.


[j] Pengambilan JUS PEGAGA } dikisar bersama-sama dengan akarnya.

yg paling penting MINDSET kita utk menyusukan bayi, ok

Amalkan setiap hari & Selamat Mencuba...

Thursday, April 22, 2010

Adat Bercukur Jambul

Selepas tujuh hari dari hari bersalin, lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit, kerana itulah harinya adat mencukur kepala anak kecil itu dijalankan. Kelengkapan yang disediakan untuk adat mencukur ini adalah seperti berikut:


{ skrg org buat majlis ni lepas ibu habis pantang,.. sbb ibu kene la gak melaram,.. yea la org dtg nak meraikan kelahiran anak,.. sy dulu wat akikah masa umur anak 50 hari,.. org kata anak dah beruban dah,.. hahha pehal lambat sgt wat akikah? terkejut org kg tgk buaian anak,.. siap cakap ni dari bunian ke? hahhaha ntah ape2 ntah,.. buai tu biasa jerk,.. x la secanggih zaman sekarang,... lagipon x salah nak berkongsi kegembiraan n berhias2 lebey sikit utk memeriah kan majlis kan?? betul x? }- nanti pasni sy updatekan gambar akikah anak yea,..


• Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia di atas buaian yang dihias indah


{ anak of course sy pakaikan sut baju melayu n samping yg djahit sendiri,.. hahaha ,.. baru nampak comey,.. siap ada tengkolok lg,.. keliling buai tu sy letak bunga telur n pulut kuning, hmm yea la nak bagi2 kan masa marhaban,.. tapi sy wat selawat jer n yg datang pon org2 surau jerk,.. }


• Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.


(skrg ada yg buat bekas berisi air zam-zam, kurma, garam n gula)


• Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada potongan itu. Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk, dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja. Biasanya, kelapa itu dihiasi dengan lilitan rantai emas atau perak dan dicucuk dengan tajuk-tajuk rekaan yang indah-indah rupanya.


(ni masa zaman dahulu kala- dah moden org gantikan dgn bekas tembaga kecil2 utk diletakkan barang2 tadi n nak suapkan anak guna sudu tembaga)


Apabila kesemuanya sudah siap, maka bayi itu pun dibawa keluar dan dikelilingkan kepada tetamu-tetamu lelaki yang hadir dan setiap seorang daripada mereka dikehendaki menepuk sedikit tepung tawar, menebar sedikit beras kunyit dan bertih kepada bayi itu. Setelah perkara tersebut dilakukan, barulah tetamu-tetamu lelaki tadi menggunting sedikit sahaja rambut bayi itu dengan gunting yang telah disediakan. Lalu rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam kelapa yang telah diisi air. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi itu hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima atau tujuh atau seumpamanya. Pada masa inilah anak itu diberi nama oleh si bapa. Nama yang diberi adalah nama yang indah dan memberi maksud yang baik. Setelah selesai adat bercukur dan memberi nama anak yang telah dilakukan oleh pihak lelaki, anak itu akan dibawa masuk ke dalam rumah itu dan hal seperti menggunting rambut anak itu dilakukan pula oleh pihak perempuan.


Setelah selesai kedua-dua pihak lelaki dan perempuan menjalankan perkara di atas, maka barulah kepala anak itu dicukur seluruhnya oleh tok bidan atau sesiapa yang mahir dengan kerja itu. Rambut anak yang telah dicukur itu dimasukkan semuanya ke dalam kelapa itu dan segala rantai dan tajuk-tajuk yang menghiasi kelapa itu dibuka dan dicabut. Kemudian kelapa itu biasanya akan ditanam di mana-mana di halaman rumah bersama-sama sepohon kelapa atau lain-lain seumpamanya sebagai peringatan masa anak itu dilahirkan pada masa hadapan kelak.


Namun begitu, orang Melayu di bandar yang sudah moden sekarang tidak banyak lagi menjalankan adat ini, rata-rata orang Melayu kampung sahaja yang masih banyak dan gemar melakukan adat resam mencukur dan menamakan anak. Berkenaan dengan menamakan anak undang-undang kerajaan telah menetapkan bahawa anak yang baru dilahirkan perlulah diberi nama dalam tempoh 24 jam (tapi sekarang dalam tempoh 2 minggu kene daftarkan) kerana dalam tempoh itu anak yang telah diberi nama itu dikehendaki didaftarkan di pejabat pendaftaran.

Monday, April 19, 2010

Karaoke dan PA Sistem










Kami menyediakan perkhidmatan PA system, DJ & Karaoke untuk di sewakan

Items offered to rent as follows:
2 units of 12inch Speakers (BEHFINGER)
1 unit of POWERED AMD 500 watts (BEHFINGER)
2 Cordless MIC
Karaoke songs 8000+++ song and variety
17” LCD screen
All are branded items use to Jamm in Studio

Free installation and Delivery area KL and Selangor
Additional cost would be charged for additional manpower

Sesuai untuk mcm2 majlis seperti:

Majlis Perkahwinan, Pertunangan, Akad Nikah . Majlis Ulang Tahun. Sambutan Hari Jadi. Sambutan Hari Keluarga . Majlis-majlis keagamaan. Sambutan Perayaan pada harga yang amat berpatutan
Harga Sewa: RM900

Monday, April 12, 2010

Pakej Akan datang



Salam semua,....

Terima kasih atas maklum balas anda,... insyaAllah kami akan mempelbagaikan lagi koleksi buaian akikah untuk memenuhi citarasa anda,.. sebarang cadangan amatlah dialu-alukan,...

thanks,
ziehan

Monday, March 22, 2010

Pakej 3- Simple and Nice set





















Pakej 3

Ni yang paling simple. Bagi yang nak sewa buaian sahaja pun ok kalo dah ada bunga-bunga sendiri ikut tema masing-masing kan. Hmm set yang paling simple ni termasuklah:

1- Buaian (Termasuk sarung)
2- Alas (karpet putih)
3- Lampu Spotlight

carian di facebook
https://www.facebook.com/pages/Berendoi-Cukur-Jambul/101553769927679


Pakej 2 -Moderate pakej









































Ni untuk Pakej 2,...

bagi yang mahukan yang simple sikit, dicadangkan ambil yang ni,... pakej 2 termasuk:
1- Buaian (sarung+ bantal)
2- Alas (karpet putih)
3- Tirai
4- Hiasan bunga penuh pada buaian
5- Lampu Spotlight

carian di facebook
https://www.facebook.com/pages/Berendoi-Cukur-Jambul/101553769927679





Monday, March 1, 2010

Pakej 1- Complete Set





























Pakej 1 Termasuk:

1- Buaian (sarung+ bantal)
2- Alas (karpet putih)
3- Hiasan bunga (buaian)
4- Lampu spotlight
5- Hiasan Tepi (sarang burung)
6- Tirai (Putih + maroon)


carian di facebook
https://www.facebook.com/pages/Berendoi-Cukur-Jambul/101553769927679